Kajian: Sambung Belajar di Hari Tua Kurangkan Risiko Nyanyuk



SYDNEY, 22 Nov — Satu kajian di Australia menunjukkan warga emas yang melanjutkan pengajian mampu meningkatkan kemahiran berfikir sekaligus dapat menghindari Alzheimer dan masalah lain berkaitan nyanyuk.

Kajian itu, dinamakan Projek Otak Sihat Tasmania, meneliti 359 pelajar berusia antara 50 hingga 79 tahun yang menamatkan pengajian sekurang-kurangnya setahun.

Tiada seorang peserta dalam kajian itu mengalami masalah nyanyuk, lapor agensi berita AFP semalam.

Menurut kajian itu, yang diterbitkan di jurnal Persatuan Psikologi Amerika minggu ini, ujian kognitif diambil sebelum dan selepas pengajian, dengan peserta dinilai semula setiap tahun sepanjang tempoh tiga tahun selepas pengajian.

Hasilnya, 90 peratus daripada mereka yang menamatkan pengajian menunjukkan peningkatan ketara dalam keupayaan berfikir; berbanding hanya 56 peratus peserta yang tidak mengambil sebarang pengajian.

Ketua penyelidik Dr Megan Lenehan berkata hasil kajian itu menarik kerana ia menunjukkan masih belum terlambat untuk memaksimakan keupayaan otak walau usia makin lanjut.

“Kami merancang untuk terus memantau peserta terbabit bagi melihat sama ada pengajian kolej boleh membantu melengahkan atau mengurangkan kesan nyanyuk,” belai dipetik berkata.

Artikel Berkaitan:

Belum ada komen untuk "Kajian: Sambung Belajar di Hari Tua Kurangkan Risiko Nyanyuk "

Post a Comment