7 Momen Epik Dengan Nenek Anda Yang Pasti Akan Membuatkan Anda Rindu Dan Menangis

Dengan kesesakkan meredah traffik di petang begini, tiba-tiba momen anda dengan nenek menjelma di minda, lantas hilang terus segala masalah yang ada di depan mata. Ketika itu kita tidak memikirkan apa-apa masalah melainkan bermain dan si nenek setia melayan karenah cucu yang sentiasa nakal.



Serius 7 momen epik dengan nenek anda ini pasti akan membuatkan anda rindu dan menangis bila momen itu tiba-tiba hadir, apatah lagi nenek yang di rindui itu sudah tiada lagi di depan kita.

7 Momen Epik Dengan Nenek Anda Yang Pasti Akan Membuatkan Anda Rindu Dan Menangis


1. Mandi air perigi sampai mengigil


Bila duduk di kampung, kalau tak kena jerit bagun pagi memang tak sah kan, nak lagi bila nenek bawak gi mandi air perigi atau famous di panggil telaga. Memang sejuk tak ingat kan, tapi lepas mandi memang rasa segar bugar je, silap-silap boleh awet muda taw…

2. Sarapan pagi nasi lemak & kopi o kaw


Lepas je mandi telaga, dah siap terhidang pula nasi lemak dengan kopi o kaw panas, macam tahu-tahu je cucu nenek ni sejuk. Bila dah pekena kopi o kaw dengan nasi lemak nenek memang terangkat la… Dulu-dulu sarapan pagi murah kan.

3. Pergi sekolah naik basikal tua


Lepas sarapan, apa lagi nak pergi sekolah la kan. Nenek siap tapaukan nasi lemak lagi untuk cucunya, atok pula dah ready dengan basikal tua nak bawak cucu pergi sekolah. Aduhai rindunya kenangan itu.

4. Nenek masak lauk apa tengahari ni?


Balik sekolah terus ke dapur tengok nenek dah masak ke belum, siap tanya nenek masak apa tengahari ni? Sekali tengok ada masak lemak pucuk paku, ikan keli goreng berlada dengan ulam, memang makan bertambah.

5. Mandi air sungai


Tak jauh belakang rumah nenek ada pula sungai mengalir jernih, tempat selalu terjun tiruk dengan kawan-kawan, yela masa itu mana ada lagi smartphone ke ps4 ke, inilah kawasan riadah permainan kami waktu kecil-kecil, seronok tak terkira.

6. Minum petang dengan nenek & atok


Petang-petang begini kalau nenek tak buat goreng pisang ke goreng sukun ke memang tak sah, nak lagi hidang panas-panas, memang terangkat lah!

7. “Pergi ngaji, jangan melencong ke lain” pesan nenek


Macam tahu-tahu je nenek ni, tapi tak boleh tipu kalau ponteng nagji, nanti tokguru ngaji report kat nenek.
Sesuatu yang mungkin semua orang pasti ada iaitu nenek, momen-momen di atas hampir pasti ramai yang pernah lalui suatu ketika dahulu. Tapi kini hanya tinggal kenangan… Namun memori dan ingatan pasti akan kekal hingga akhir hayat kita.

Artikel Berkaitan:

Belum ada komen untuk " 7 Momen Epik Dengan Nenek Anda Yang Pasti Akan Membuatkan Anda Rindu Dan Menangis"

Post a Comment