Isteri Tak Pandai Masak? Ini Cara Untuk Menegur Beliau



Kisah isteri tak pandai masak tapi rajin..



Saudara MRO menulis:

Malangnya, masakan isteri Abu tak sedap langsung. Tiap kali pulang dari surau, si Abu ditanya oleh isterinya, “Abang, macam mana masakan I? sedap tak.?” Itulah soalan yang kerap diterima setiap hari Isnin dan Khamis. Si Abu berasa sangat terharu. Nak berterus terang yang kuehnya itu tak sedap, takut isterinya kecewa. Isterinya ni pula cepat merajuk dan susah pula nak dipujuk. Nak ditelan makanan tu dah tak boleh masuk. Begitulah kisah suami di dalam dilemma.

Mahfuz Sapiee pula mencelah:

Menarik juga poin yang diajukan oleh saudara MRO ini. Seringkali kita berasa serba-salah dalam menjaga hati isteri. Dalam keadaan di atas, kalau kita bercakap benar isteri merajuk, kalau kita ber`bohong’ isteri akan masak macam tu lagi.



Mengapa perkara ini boleh memeningkan kepala suami?

Bagi suami yang mendapat isteri yang pandai memasak, rajin memasak, suka tengok orang makan masakannya dan cekap memasak untuk orang ramai, kita adalah suami yang beruntung.

Tetapi awas, jika kita seorang pendakwah, maka ini adalah ujian dan peluang yang jangan diabaikan daripada Allah SWT untuk kita bersama-sama dengan isteri yang mempunyai kemahiran ini, melakukan dakwah melalui jemputan makan-makan di rumah kita.

Kaedah pertama yang dilakukan oleh Baginda SAW berdakwah terhadap keluarga terdekatnya ialah menjemput mereka makan kenduri di rumah Baginda SAW. Pastinya Saidatina Khadijah (rha) telah menyediakan yang sedap untuk mereka.

Oleh itu, bantulah isteri ini dari segi persediaan memasak, menghidang dan membasuh pingan-mangkuk-periuk selepas program tersebut. Selalunya apabila isteri kita dah masak tu, kita take for granted yang dia juga pakar membasuh pinggan dan kuali-periuk. Maka kita tinggalkan dia bersendirian bertungkus lumus mengasah dan membasuh bakatnya disitu pula. Kesian dia. Sudahlah dia letih memasak, basuh pingganpun dia kena juga.

Oleh itu, pujilah masakannya tadi dan bersama-samalah menyingsing lengan baju tu menggilap pinggan-mangkuk dengan sentuhan ajaib “axion”.

Bagi suami yang ditakdirkan berjodoh dengan isteri yang tidak pandai memasak, apalagi tak tahu memasak jamuan untuk orang ramai, maka kita juga ada ujian dan peluang daripada Allah SWT untuk mendapat pahalaNya.

Secara tobiinya, isteri yang bersifat kelembutan itu, memang suka melayan suaminya dalam segala hal keperluan dan kehendak. Begitu juga memasak untuk suaminya. Memasak adalah satu kemahiran. Untuk mendapat kemahiran ini, seseorang itu memerlukan latihan psikomotor. Kebanyakan isteri-isteri yang tidak pandai memasak ini adalah kerana mereka semasa remaja dulu tidak berpeluang mendapat kemahiran ini. Jika tingkatan 1 atau 4 telah mula tinggal di asrama yang biasanya memakan nasi kawah, pastinya tiada peluang untuk mereka mempelajarinya. Begitu juga yang tinggal di rumah bersama emak. Kadang-kadang emak menyuruh anak perempuan ini menumpukan perhatiannya kepada pelajaran. Ada juga yang mempunyai pembantu rumah yang menyebabkan anak-anak ini bertambah malas nak ke dapur. Apabila dah bekerja, masa untuk belajar memasak telah digunakan untuk menguruskan hal-hal kerjaya di pejabat. Begitulah kesudahannya. Tak pandai memasak.

Walau bagaimanapun, isteri-isteri ni pandai pula memasak masakan moden (western dan continental) yang mereka pelajari dari sekolah dan rakan-rakan semasa menuntut di dalam atau/dan luar negara. Ini adalah suatu kekuatan yang dia miliki.

Oleh itu, suami yang mempunyai isteri yang tersebut di atas, kita hendaklah berterus terang secara hikmah. Jangan terlampau “direct” mengatakan masakannya tu tak sedap. Tetapi mencari waktu yang sesuai seperti bawa dia ke restoren yang sedap masakan.

Dan katakan kepadanya, “Yang! ingat lagi tak masakan tom yam semasa Yang masak untuk jamuan di surau minggu lepas, ada beza tak dengan yang ini? Abang rasa dia bubuh sos sekian-sekian dan di tambah daun limau purut sekian sekian kot… mari kita tanya tukang masak tu..”

Jika kita berbohong dengan mengatakan masakannya sedap, sampai bila pun dia tidak akan membaiki masakannya. Oleh itu, kaedah di atas adalah salah satu cara yang boleh di amalkan. Banyak lagi kaedah yang berhikmah.

Kedua, jika isteri kita ni amat berminat untuk memasak jamuan untuk orang-orang di surau sedangkan dia tak pandai, maka kita cadangkan kepadanya memasak masakan moden atau asing bagi kariah di surau tu. Contohnya jika laksa adalah makanan tradisional utama di situ, maka jangan sekali-kali membenarkan isteri kita memasak laksa. Carilah masakan moden seperti nasi ayam atau mee sop. Atau gunakan perencah-perencah “instant” yang boleh didapati di kedai seperti rendang untuk di makan dengan nasi impit “segera”.

Satu lagi peringatan untuk kita ialah, jika isteri kita orang Kelantan yang pakar memasak laksa kelantan sudah tentu tidak sedap kepada lidah suami yang berasal dari Johor. Begitu juga suami yang dah biasa dengan laksa Kuala Perlis, pasti tidak selera dengan laksa isteri dari Penang.

Dengan demikian, berusahalah sesama kita suami isteri mengorientasikan lidah masing-masing mengikut kesedapan masing-masing. Carilah masa hujung-hujung minggu bersama-sama isteri belajar memasak sama ada tradisional mau pun moden. Jadikan ia sebagai salah satu aktiviti rekreasi keuarga.Sama-samalah menilai masakan itu.

Jangan lupa ajak anak-anak perempuan kita bersama-sama menerokai bidang masakan ini. Supaya dia tidak menyalahkan ibunya kelak kerana tidak mengajarnya.

Akhir kalam, paradigma isteri pandai memasak ini akan pupus juga akhirnya dengan kedatangan budaya makanan segera, jamuan di restoren, industri katerer masakan dan sindrom ketuhar mikro yang berlambak dalam pasaran.

Allah Maha Mengetahui.

-PakUtih-

Artikel Berkaitan:

Belum ada komen untuk "Isteri Tak Pandai Masak? Ini Cara Untuk Menegur Beliau"

Post a Comment