Startup Media Dimiliki Lelaki Ini Kini Dijual Dengan Harga $100 Juta







ViralNova, startup media yang dibangun dan diselia oleh Scott DeLong telah dibeli oleh sebuah syarikat media digital Zealot Networks dengan nilai $100 juta dalam bentuk wang tunai dan stok.

DeLong dan startup medianya mempunyai sejarah yang agak menarik.

Suatu ketika, ViralNova merupakan sebuah startup yang diselia oleh dirinya sendiri sepenuhnya dan hanya dibantu oleh 2 orang penulis separuh masa.

Dalam beberapa bulan mereka berjaya membuat startup media ini setanding dengan laman web BuzFeed – 100 juta pembaca dalam masa sebulan – tanpa mempunyai pekerja sepenuh masa dan sebarang tajaan atau penyuntik dana dari luar.

De Long melancarkan laman webnya pada pertengahan 2013 dan meletakkan ‘banner’ iklan disediakan oleh Google. Dalam masa 8 bulan dia berjaya meraih pulangan 6-angka dan juga jutaan US Dolar setahun.

Rahsia bagaimana startup media Viral Nova ini boleh mendapat begitu banyak perhatian di media sosial terletak pada kandungan artikel dan juga tajuk artikel tersebut.

Tajuk yang menarik perhatian seperti ‘It Might Look Like A Normal Chandelier. But When You Stand Underneath It And Look Up…Wow’ berjaya menarik jutaan pembaca ke laman webnya.

Beberapa startup media yang membangun seiring dengan Viral Nova ketika itu juga tidak kurang hebatnya seperti Mic, EliteDaily dan Upworthy. Kesemua startup ini mendapat banyak trafik dari media sosial Facebook. Namun kegembiraan mereka ini tidak berpanjangan apabila Facebook mula mengubah algorithm dan membuatkan artikel-artikel yang viral akan kurang dipaparkan di muka utama.

HAMPIR MENYERAH

Menyelia Viral Nova bukan sesuatu yang mudah, dari server, rekabentuk laman web dan juga penulisan artikel semuanya memberi tekanan padanya.

Viral Nova berdiri atas platform WordPress dan mempunyai jutaan pembaca sebulan. Hal Ini menyukarkan kerja DeLong kerana kadangkala apabila dia cuba untuk menambah ‘plugin’ pasti laman webnya akan bermasalah. Sehingga satu masa dia mengupah orang tengah untuk mencari peluang yang ada untuk domainnya.

DeLong pernah mendapat tawaran untuk diberi suntikan dana bagi mengubah startup medianya kepada sebuah perniagaan yang betul namun dia menolak. DeLong tidak sukakan tekanan dimana dia perlu membuka pejabat dan menjaga pekerjanya.

Dan akhirnya seorang usahawan dari New York, Sean Becker menemuinya dan menawarkan untuk membeli startup media tersebut dengan sejumlah wang tunai dan stok. Perjanjian dimeterai dan Becker memegang jawatan CEO dan dibantu oleh rakan bisnesnya yang lain.

Dan kini, Viral Nova sedang berada di landasan yang betul untuk mencuba meraih pendapatan bersih $35 juta setahun tanpa tekanan keatas DeLong.

Artikel Berkaitan:

Belum ada komen untuk "Startup Media Dimiliki Lelaki Ini Kini Dijual Dengan Harga $100 Juta"

Post a Comment