Lelaki Kristian Ini Ada Pesanan Penting Mengenai Islamphobia, Terkedu!



 Ketika sentimen Islamophobia dicanang-canangkan oleh masyarakat Barat, rupa-rupanya masih ada yang mampu berfikir dengan waras dan tidak meletakkan penilaian hanya berdasarkan pendapat sesetengah pihak.
Seorang pengguna Facebook dengan nama Colin Ripley, dalam satu status yang dimuat naik, mengkritik tindakan dan pemikiran sebilangan besar masyarakat Barat yang menilai Islam sebagai agama yang menggalakkan keganasan dan penuh dengan kebencian.
Kritikan itu dibuat selepas Ripley membaca terjemahan al-Quran dan menyifatkan agama Islam telah disalah tafsir oleh banyak pihak.
Kata Ripley, dia muak dengan justifikasi sesetengah masyarakat Barat yang hanya berlagak pandai apabila berbicara tentang Islam.
Ripley yang menetap di Amerika Syarikat menggesa agar mereka mencari tahu kebenaran menerusi sumber yang sahih (al-Quran) dan bukan hanya mendengar kata-kata orang.
Status itu, yang dimuat naik pada 19 November lalu, menerima lebih 64 ribu likes dan lebih 36 ribu perkongsian.

Artikel Berkaitan:

Belum ada komen untuk "Lelaki Kristian Ini Ada Pesanan Penting Mengenai Islamphobia, Terkedu!"

Post a Comment