Perkakasan Rumah Yang Berbahaya Untuk Anak Kecil


Ketika dalam tempoh pembesaran, anak kecil anda akan meneroka dan akan sentiasa ingin tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka. Secara tidak langsung, akan merbahayakan keselamatan mereka.
Contohnya, ketika mereka mahu belajar untuk memegang sesuatu. Anak kecil akan mengapai apa sahaja di depan mata mereka. Mungkin benda tajam. Oleh itu, anda sebagai ibu bapa hendaklah memastikan keselamatan dan gerak geri anak kecil anda sentiasa dipantau.
Perkakasan Rumah Yang Berbahaya Untuk Anak Kecil
  1. Kerusi – Kerusi merupakan salah satu lokasi kegemaran si kecil untuk memanjat dan melompat. Bucu kerusi juga sangat berbahaya dan terdedah kepada anak kecil. Pantau pergerakan anak kecil anda.
  2. Alas meja – Sekiranya anak kecil anda baru belajar berjalan, pastikan meja anda tidak beralas. Kenapa? Kemungkinan besar anak kecil anda akan mencapai dan menariknya.
  3. Bidai atau langsir – Anak kecil anda paling suka sekiranya dapat mencapai dan menyorok di sebalik bidai dan langsir di rumahnya. Silap hari bulan, akan tercabut bidai atau langsir tersebut.
  4. Hiasan kaca – Sekiranya ibu-ibu ingin meletakkan hiasan kaca di sudut-sudut rumah, anda perlu berfikir sedalam-dalamnya. Hiasan kaca tersebut akan menarikminat anak kecil anda. Mungkin hari ini ada, esok sudah pecah. Sangat bahaya sekiranya hiasan kaca tersebut pecah. Dan anak kecil anda akan luka.
  5. Bekas tisu – Selain daripada itu, sekiranya di ruang tamu anda, anda meletakkan bekas tisu pastikan bekas tisu tersebut tidak boleh dicapai oleh anak kecil anda. Kalau tidak, pasti anda akan dapat kerja baru selepas anak kecil anda membuat kerja.
Pastikan anda memantau pergerakan dan keselamatan anak kecil anda di dalam rumah untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan:

Belum ada komen untuk "Perkakasan Rumah Yang Berbahaya Untuk Anak Kecil"

Post a Comment